Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan di sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia.
Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang daripada Bahasa Melayu.  Asal bahasa ini adalah di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi  kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain.  Bahasa Banjar dikatakan berasal daripada bahasa proto Malayik, seperti  halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).
Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu:
- Bahasa Banjar Hulu
 - Bahasa Banjar Kuala
 
Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi  yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang  mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan  tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan  "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke  mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan  dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan.
Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/.
Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia  majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa  Banjar yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu  menurut asal usulnya di Kalimantan Selatan.
Portal rasmi Pertubuhan Banjar Malaysia http://mypbm.org/aspati-cms/index.php 
info menarik di sini satu!
ReplyDelete