Friday, November 12, 2010

Bahasa Banjar

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan di sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia.

Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang daripada Bahasa Melayu. Asal bahasa ini adalah di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dikatakan berasal daripada bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).

Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak.
Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu:
  • Bahasa Banjar Hulu
  • Bahasa Banjar Kuala
Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan.
Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/.

Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal usulnya di Kalimantan Selatan.

Portal rasmi Pertubuhan Banjar Malaysia http://mypbm.org/aspati-cms/index.php

1 comment: